Wan Hazel Home Wan Hazel LINK Wan Hazel Tutorial Wan Hazel owner Wan Hazel agama

Friday, April 20, 2012

Doa Untuk Mendapat Pasangan

Salam readers!!!



Sekali lagi entri berkaitan cinta, adeh pening nk cari yg ditanya ni 0.o
Kalau Pjaz salah tolong diperbetulkan ye =)

Dibawah ini adalah diantara doa dan ayat yang perlu dipilih untuk mendapat bakal pasangan hidup yang baik, InsyaAllah =)
:67: Amalkan membaca surah al-Furqan, ayat 74
Yang bermaksud:
“Ya Tuhan kami, anugerahlah kami, isteri kami dan keturunan kami, sebagai penyayang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa (Muttaqin)”
:67: Baca Surah Yusuf, ayat 4 pada semangkuk atau segelas air, kemudian sapu air itu pada muka. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.
:67: Cubalah membaca Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Gunakan air itu untuk mandi pada tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.
:67: Amalkan membaca surah Yassin pada setiap malam. Sebelum membaca, niatkan di dalam hati supaya Allah SWT menyegerakan jodoh, memberikan jodoh yang terbaik dan beriman untuk anda.
:67: Surah al-Fatihah juga mengandungi banyak faedah dan keberkatan jika sentiasa diamalkan. Salah satu kebaikan yang datang daripadanya ialah dikurniakan jodoh. Amalkan membaca surah ini sebanyak yang mungkin sambil berniat diberikan jodoh yang baik dan beriman kepada Allah SWT.
Mudah saja kan? Semua surah ni sangat bermanfaat untuk kita semua =)
Pjaz pun dah hafal Surah Yusuf tu =) InsyaAllah dipermudahkan untuk kita semua

Pjaz nk promote page USTAZ CINTA, sangat best untuk dilawati..heheh ^^

Alang2 korang dah baca ni, dengar sejenak =)



ENTRI SEMALAM

Bye2


Suka ? LIKE jer =)

2 comments:

cex gulew-gulew chinta said...

Thanks...entri yg brmnfaat

Nur Azila said...

Terima kasih perkongsian itu. insyaAllah akan dipractice kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...