Bukak je FB terus tengok status kawan-kawan, kebanyakan mereka post status jiwang2, adeh ni mak TAK OK ni..heheheehe

Ada yang tanya tak de ayat nak bagi kita rindu dia, maksudnya doa rindu dari jauh macam doa Nabi Yusuf dikala merindui Zulaikha =) Nah, sape2 yang nak tu cubalah mungkin akan tersampai jugak walaupun dari jauh dan dalam diam
Dihati ini..Hanya Tuhan Yang Tahu
Satu lagi, Bolehkah mencintai dia dalam diam? Tak tahu status dia samada bujang atau dah berpunya? ni pun ada orang yang tanya, ishk2
kelam kabut pjaz cari artikel pasal ni, nah korang =) pjaz bukan ustazah cinta yer..hehehehe kalau nak tnya tanya lah pada yang pakar USTAZ CINTA =)
Ni artikel Pjaz jumpa dalam akuislam.com
Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui, saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.
Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..
” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )
Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..
” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )
Cukup cintai dia dalam diam.
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..
Cukup cintai dia dari kejauhan.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..
Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..
Maka cintailah dia dengan keikhlasan.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?
~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )
Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..
” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)
Berkait bukan?
Berdoalah dengan Doa Nabi Yusuf tu , semoga dipermudahkan.. InsyaAllah =)
Bye2
P/s: tengah cari tempat menarik di Bandung & Jakarta, korang sapa yang tahu? ^_^
Sapa yang tau nnati bgtau pjaz dlm Fb yer ^^ hehhe














15 comments:
suka sangat entry awak buat ni .. ! hoho ...
cntik gmbr katun tu.
hummm betul ke cukup cinta dr jauh.huuhuh
@dhia adawiyah TQ my dear =)
@Edy Fee kadang2 org kata susah bercinta jauh kan? insyaAllah jika kita telus dan pasangan kita pun sama, tak ke mana hubungan tu =)
nice entry ^_^
@sYiRa LoKMaN TQ ^^
bila rindu kat suami selalu doa mcm tu.. urmm rindu sgt
@lynn kamarul Alhamdulillah, cara yang paling berkesan, menjimatkan serta dapat mendekatkan diri denganNYA~ InsyaAllah =)
Assalamualikum...
Suka baca entry awak. Seriously kupasan awak cukup baik..
Saya nak mohon share di blog saya..nti saya link kan sekali blog awak dalam entry ea.. Harap awak tak keberatan untuk izinkan saya share =)
@Ismi Norhashimah Hamim Wslam...
terimah kasih.. sudah tentu boleh share.. =)
assalam..
nak shre doa dan ayat2 dlm ni eh...tq
Salam..
Ermm dh sthun lbih ptus cinta..smpai saat ni sy xmmpu ag nk lupekn bks kkasih..
Selalu sgt teringat n rndu dye..tp sy x pnh rse pn nk kmbali pd dye..
Cume trngat n rndu jer..slme 4thn dgn dye..sy xpnh ade org lain.betul2 setia pd dye sorg jer..
Mgkn sbb tu sy susah nk lupekn dye..
Kdg2 smpai trmimpi dye...
Ermm agk2 dye ade rse x mcm mne sy rse
Alhamdulilah saya dipertemukan dgn blog awk ni. Di saat hati sunyi kerana ditinggalkan sang kekasih, mengajar diri utk kembali 100% kpdNya. Tp adakalanya sbg insan yg lemah, terleka dan terlalai dari mengingatiNya. Cukup bermanfaat nukilan awk ni. Saya suka sgt :) terima kasih.
Assalam. Dua perkara saya rasa harus dikongsi:
1) Tiada diketahui asal-usul nama "zulaikha" dengan sahih. Tiada dalam hadis atau Quran. Yang paling hampir tentangnya adalah sebagai "Amra'atul Aziz".
2) 'Zulaikha' yang dikatakan itu adalah seorang isteri pembesar (Amra'atul Aziz). Apakah mungkin Yusuf berdoa mahukan isteri orang? Ayat QS 12:24 menegaskan: jika Nabi Yusuf tidak menyedari kekejian perbuatan itu, mungkin beliau juga turut mahukan 'Zulaikha'; namun Allah jauhkannya daripada perbuatan itu.
Dikhabarkan bahawa dua perkara itu adalah mitos. Hatta doa itu juga bukan sahih kerana tiada dalam Quran atau hadis. Jika benar ada, maka Yusuf hendakkan isteri orang; lalu membawa kepada penceraian mereka. Doa itu secara tidak langsung adalah doa minta orang bercerai dan doa mahukan isteri orang.
Nau'udzubillah. Wassalamualaikum
@dhia adawiyah
Same with me.. terima kasih
Post a Comment