leaderboard2 denaihati Banner

Navi

Sunday, March 18, 2012

KEPENTINGAN ASID FOLIK: SEBELUM DAN SEMASA MENGANDUNG

Sunday, March 18, 2012,2:04 PM
Salam readers!!!

Lama tak update entri baru, tengah mood exam ni...adoiii,huhuhu
Pjaz nak kongsi sikit info kesihatan berkaitan dengan ibu mengandung. Kepentingan asid folik sebelum dan semasa mengandung.

Apa itu ASID FOLIK?

:m: Asid Folik adalah vitamin B yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung.

:m: Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung.

Mengapa ia PENTING?

1) Mengurangkan kececatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)




Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau lansung terbentuk ( anecephaly/encephalocele).


2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).

3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:


:m: Sumbing lelangit (cleft palate) Kecacatan pada jantung Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

Bila ASID FOLIK perlu diambil?

:m: Sebelum mengandung Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung Semasa mengandung Digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi


SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?


:m: Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung mengandung Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang


KEPERLUAN HARIAN asid folik


:m: Hanya satu biji setiap hari,

* Jika ibu mengalami masalah alergik dengan asid folik, minta nasihat doktor yer


SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK

:m: Hati ayam

:m: Daging, ayam, telur

:m: Kekacang

:m: Beras perang, barli, oat

:m: Sayuran hijau Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain ( buah sayur warna kuning yang layu tau)


MAKLUMAT TAMBAHAN asid folik

:m: Tiada kesan sampingan jika diambil seperti dinasihatkan. Memainkan peranan penting dalam penghasilan sel darah merah yang normal.
Bagi ibu yang suka minum teh atau kopi, pjaz nak nasihatkan makan asid folik dengan air masak kerana air teh melambatkan proses penyerapan, kurang efektif la. kalau nak minum air teh boleh tapi tunggu la selepas setengah atau sejam selepas makan asid folik tu


Bye2
Wish me luck in final..