leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: MAYAT BAYI DI DALAM BALDI
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam readers!!! Sebak dengar ada lagi kes buang bayi, yang lebih menyedihkan mayat bayi yang dijumpai terkulai di dalam baldi..tak ada r...
Salam readers!!!


Sebak dengar ada lagi kes buang bayi, yang lebih menyedihkan mayat bayi yang dijumpai terkulai di dalam baldi..tak ada rasa bersalah ke buang bayi sebegitu rupa??
Pjaz masuk wad baby, rasa betapa bertuahnya ibu bapa tu dapat baby, orang yang yang tak dapat zuriat lagi lah terasa sunyi, ni kan pula senang-senang je buang bayi ni,
Macam kes biasa dah tengok,
Dahla dosa semasa 'buat' tu satu, dosa buang baby ni pulak..ermmmm

renung-renungkanlah..

KOTA BHARU — Polis menahan seorang pelajar perempuan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang bayi perempuan dalam sebuah baldi di bilik air surau sebuah kolej swasta di Bachok, di sini semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pelajar berusia 21 tahun itu, ditahan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Teras, Sering, dekat sini, kira-kira 11.30 pagi ini.

Suspek akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata, berdasarkan laporan bedah siasat dari Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, bayi itu dipercayai mati kerana lemas akibat dimasukkan ke dalam baldi dalam keadaan kepalanya ke bawah.

Katanya, bayi itu mati selepas dilahirkan berdasarkan terdapat susu dalam badannya.

Suspek, anak pertama dari tujuh beradik, mula belajar di kolej itu pada Jun 2010 dan dijangka menamatkan pengajian dalam bidang makmal perubatan pada Mei tahun depan. — BERNAMA

Bye2

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top