leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: KELEBIHAN MANDI
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam readers!!!! Pjaz nak share mengenai kelebihan mandi... mandi pun ada kelebihan tau... sape2 yang tak suka mandi tuh meh tengok kat...
Salam readers!!!!

Pjaz nak share mengenai kelebihan mandi... mandi pun ada kelebihan tau... sape2 yang tak suka mandi tuh meh tengok kat bawah... banyak kelebihan mandi ni, samada air panas atau air sejuk


Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya
:29: Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah celsius.

:29: Jangkitan kulit:

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
:29: Selesema dan sakit kepala :

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
:29: Insomnia :

Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

INFO: Mari kita ketahui fakta mengenai kelebihan mandi yang kurang diketahui umum;

Ia boleh mengurangkan atau mengelakkan tekanan dan membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan anda.

Antara kelebihan mandi air panas :
  1. Boleh menghilangkan stress
  2. Membuatkan tubuh lebih bersih
  3. Melancarkan peredaran darah dalam tubuh
  4. Membuka pori-pori
  5. Tidur lebih lelap
  6. Boleh menurukan 13% kadar gula dalam darah (penyelidikan oleh New Zealand Medicine)
  7. Memperbaiki kesihatan jantung (penyelidikan oleh Jepun)
  8. Mampu mengatasi ruam atau jangkitan kulit
  9. Mampu mengeluarkan racun atau toksin
  10. Menyembuhkan sakit oto dan menjaga usus besar
  11. Membantu dalam penyembuhan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kaki
  12. Membuka liang atau ruang pada kulit

Banyak kan kelebihan mandi ni..hehehe

Banyakkan mandi untuk menjaga kesihatan kita..


Bye2


Sumber

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top