leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Katak Pokok Rabbs’ Fringe-Limb Hanya Tinggal Seekor di Dunia
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam readers!!! ATLANTA, Amerika Syarikat – Beberapa pegawai Zoo Atlanta menyatakan seekor katak daripada spesies yang dipercayai pupus...
Salam readers!!!

ATLANTA, Amerika Syarikat – Beberapa pegawai Zoo Atlanta menyatakan seekor katak daripada spesies yang dipercayai pupus di habitat rimba, terpaksa dihapuskan selepas ia jatuh sakit.
Sebelum ini, Zoo Atlanta memelihara sepasang katak berkenaan yang dikenali sebagai katak pokok Rabbs’ fringe-limb.
Saintis-saintis percaya perkembangan tersebut menyebabkan kini terdapat cuma seekor katak berkenaan di dunia.
Kelmarin, beberapa pegawai Zoo Atlanta memberitahu, seekor katak itu terpaksa dihapuskan bagi mengelakkan ia terus menderita selain mengekalkan bahan genetik amfibia berkenaan bagi tujuan penyelidikan.
Spesies katak tersebut ditemui oleh kurator herpetologi Zoo Atlanta, Joseph Mendelson semasa lawatan beliau ke Panama dalam tahun 2005.
Mendelson berkata, spesies berkenaan di habitat rimba pupus akibat jangkitan sejenis patogen yang dikenali sebagai kulat chytrid. – AP
CP: Tengok katak pun dah geli,ingat haritu terpijak katak..lenyek katak tu heheh, kesian kat katak tuh..soryy =]

Bye2

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top