Hari ni Pjaz nak kongsi mengenai penjagaan ibu dan anak selepas bersalin, Penjagaan selepas bersalin ni bermula selepas bersalin sehingga hari ke 42 dikenali juga sebagai postnatal. Posnatal penting untuk memastikan kesihatan ibu dan anak berada dalam keadaan yang baik. Dalam tempoh ni juga penyusuan ibu dan kaedah merancang keluarga perlu diberikan perhatian.
PEMERHATIAN TERHADAP IBU DAN BAYI
Perhatikan sekiranya ada berlaku pada ibu:
Pendarahan yang banyak dari faraj
Sesak nafas (SOB)
Tanda-tanda kemungkinan berlaku sawan:
Sakit kepala
Mata berpinar
Pedih dan sakit ulu hati
Muntah Perhatikan sekiranya BAYI ada mengalami keadaan seperti berikut:
Pendarahan pada tali pusat
Kebiruan pada badan (bibir, kuku tangan dan kaki)
Pernafasan yang tidak normal (cepat atau lambat)
Tangisan yang lemah atau tiada tangisan lansung
Letih dan kelihatan tidak bermaya
Hisapan lemah ketika menyusu
Muntah-muntah ketika menyusu
Kurang aktif PENJAGAAN SEMASA PANTANG IBU DAN ANAK IBU
Kesihatan diri termasuk mandi, pakai pakaian yang bersih, tuala wanita perlu ditukar setiap hari untuk elakkan jangkitan.
Penjagaan pada luka di luar permukaan faraj
Pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat.
Rehat dan tidur yang cukup.
Senaman ringan semasa berpantang untuk mengelakkan otot kita lemah BAYI
Kebersihan bayi Penjagaan tali pusat sekurang-kurangnya sekali sehari
Perhatikan jika bayi anda: Warna kulit bayi (kuning, pucat atau kebiruan)
Bayi yang aktif atau lemah
Tanda-tanda jangkitan kuman atau kurang menyusu
Tidak buang air kesar atau kecil
Tali pusat sama ada mempunyai tanda kemerahan atau berbau atau bernanah AMALAN-AMALAN YANG TIDAK DIGALAKKAN SELEPAS BERSALIN
Bersalai kerana berkemungkinan boleh menyebabkab kekeringan air dalam badan
Elakkan bertungku dan mengurut bahagian perut dan di bahagian faraj yang mempunyai jahitan
Mengambil jamu dan ubat-ubatan yang tidak diluluskan oleh KKM Jadi jagalah kesihatan samada ibu atau anak,bagi mengelakkan perkaara yang diingini..
**Jika ada tanda2 seperti diatas, eloklah mendapat rawatan di hospital atau klinik kesihatan yang berhampiran.
Hari ni Alhamdulillah, banyak kes kat klinik, jadi boleh la amik peluang untuk manage kes.. walaupun letih tapi puas hati ^^
Bye2










0 comments:
Post a Comment