leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: INFO KESIHATAN: PENJAGAAN IBU DAN ANAK SELEPAS BERSALIN
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam readers!!! Hari ni Pjaz nak kongsi mengenai penjagaan ibu dan anak selepas bersalin, Penjagaan selepas bersalin ni bermula selepas b...
Salam readers!!!

Hari ni Pjaz nak kongsi mengenai penjagaan ibu dan anak selepas bersalin, Penjagaan selepas bersalin ni bermula selepas bersalin sehingga hari ke 42 dikenali juga sebagai postnatal. Posnatal penting untuk memastikan kesihatan ibu dan anak berada dalam keadaan yang baik. Dalam tempoh ni juga penyusuan ibu dan kaedah merancang keluarga perlu diberikan perhatian.


PEMERHATIAN TERHADAP IBU DAN BAYI

Perhatikan sekiranya ada berlaku pada ibu:


:l: Pendarahan yang banyak dari faraj

:l: Sesak nafas (SOB)
:l: Tanda-tanda kemungkinan berlaku sawan:
:27: Sakit kepala
:27: Mata berpinar
:27: Pedih dan sakit ulu hati
:27: Muntah


Perhatikan sekiranya BAYI ada mengalami keadaan seperti berikut:

:27: Pendarahan pada tali pusat
:27: Kebiruan pada badan (bibir, kuku tangan dan kaki)
:27: Pernafasan yang tidak normal (cepat atau lambat)

:27: Tangisan yang lemah atau tiada tangisan lansung
:27: Letih dan kelihatan tidak bermaya
:27: Hisapan lemah ketika menyusu
:27: Muntah-muntah ketika menyusu
:27: Kurang aktif


PENJAGAAN SEMASA PANTANG IBU DAN ANAK IBU

:l: Kesihatan diri termasuk mandi, pakai pakaian yang bersih, tuala wanita perlu ditukar setiap hari untuk elakkan jangkitan.

:l: Penjagaan pada luka di luar permukaan faraj
:l: Pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat.

:l: Rehat dan tidur yang cukup.
:l: Senaman ringan semasa berpantang untuk mengelakkan otot kita lemah

BAYI

:l: Kebersihan bayi Penjagaan tali pusat sekurang-kurangnya sekali sehari
:l: Perhatikan jika bayi anda: Warna kulit bayi (kuning, pucat atau kebiruan)

:l: Bayi yang aktif atau lemah
:l: Tanda-tanda jangkitan kuman atau kurang menyusu
:l: Tidak buang air kesar atau kecil
:l: Tali pusat sama ada mempunyai tanda kemerahan atau berbau atau bernanah


AMALAN-AMALAN YANG TIDAK DIGALAKKAN SELEPAS BERSALIN

:l: Bersalai kerana berkemungkinan boleh menyebabkab kekeringan air dalam badan
:l: Elakkan bertungku dan mengurut bahagian perut dan di bahagian faraj yang mempunyai jahitan

:l: Mengambil jamu dan ubat-ubatan yang tidak diluluskan oleh KKM



Jadi jagalah kesihatan samada ibu atau anak,bagi mengelakkan perkaara yang diingini..



**Jika ada tanda2 seperti diatas, eloklah mendapat rawatan di hospital atau klinik kesihatan yang berhampiran.



Hari ni Alhamdulillah, banyak kes kat klinik, jadi boleh la amik peluang untuk manage kes..
walaupun letih tapi puas hati ^^


Bye2


About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top