leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: INFO KESIHATAN: BAYI PRAMATANG
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam readers!! Hari ni Pjaz nak kongsi sikit pasal bayi pramatang, alang-alang dah masuk praktikal kat wad rawatan khas bayi ni.. serono...
Salam readers!!

Hari ni Pjaz nak kongsi sikit pasal bayi pramatang, alang-alang dah masuk praktikal kat wad rawatan khas bayi ni..
seronok kot 4 hari duk main ngan baby je..hehe



Ada yang lagi kecil baby pramatang yang duk dalam close incubator ni,
Baby yang Pjaz pegang ni bukan baby pramatang tau, baby paling tembam skali..hehe..geram!!

:82: Sebelum waktu bersalin tiba, bayi akan berada selama 38 ke 42 minggu untuk keseluruhan tempoh kehamilan. Jika kelahiran sudah berlaku antara 20 ke 37 mingggu dalam tempoh kehamilan, ia dipanggil sebagai kelahiran pramatang.
:82: Bayi pramatang selalunya akan mempunyai masalah kesihatan berkaitan organ mereka untuk jangka masa panjang, terutama sekali jantung dan hati mungkin belum sepenuhnya terbentuk dan matang selepas dilahirkan. Bayi yang dilahirkan sebelum 24 minggu mungkin mempunyai peluang yang tipis untuk hidup. Jika wanita tersebut ingin meneruskan kehamilan sehingga 32 minggu dari tempoh kehamilan, kemungkinan bayi tersebut akan mengalami kurang masalah berbanding kehamilan awal. Semakin awal tempoh kelahiran, semakin tinggi risiko seorang bayi mengahadapi masalah kesihatan yang serius.
Punca
:82: Kelahiran pramatang mungkin berlaku kepada semua ibu mengandung, malah kepada mereka ynag sihat dan melakukan perkara yang betul. Kebanyakkan waktu kelahiran pramatang berlaku secara mendadak sebelum waktu bersalin dan puncanya tidak diketahui. Bagaimanapun, faktor risiko seperti dibawah mungkin memberi risiko yang tinggi kelahiran pramatang:
1.
Terdapat sejarah dalam keluarga yang mempunyai kelahiran pramatang.
2.
Sesetengah komplikasi mengandung seperti pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan terdapat protein dalam urine) dan berlaku ‘placenta abruptio’(placenta dan dinding rahim terasing sebelum bersalin).
3.
Terdapat jangkitan seperti jangkitan pundi kencing, jangkitan rahim dan jangkitan pada ginjal.
4.
Kecacatan pada bayi, cervik, rahim dan plasenta.
5.
Merokok, penyalahgunaan alkohol dan dadah semasa mengandung.
6.
Kehamilan kembar.
7.
Membrane pramatang yang telah pecah: Lelehan keluar sebelum waktu kelahiran.
8.
Tidak kemampuan bahagian cervical untuk menutup dengan rapat. Keadaan ini mungkin boleh dirawat dengan menggunakan cervical cerclage.
9.
Kekurangan rawatan untuk penjagaan kehamilan.
10.
Kekurangan berat badan sebelum mengandung.
11.
Hamil ketika umur dibawah 18 tahun atau lebih 40 tahun.
Risiko Terhadap Bayi
:82: Seperti kenyataan di atas, bayi pramatang cenderung untuk menghadapi masalah kesihatan untuk jangka masa panjang atau masalah seumur hidup. Semakin awal bayi anda dilahirkan, semakin tinggi risiko masalah kesihatan yang akan dihidapi. Risiko bayi pramatang ialah termasuk:
1.
Sindrom kesukaran bernafas. Bayi yang baru lahir memerlukan sokongan ventilator.
2.
Kesukaran untuk makan dan mengekalkan kepanasan badan. Bayi baru lahir memerlukan penjagaan kesiahatn yang sempurna dan sokongan incubator.
3.
Berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.
4.
Kematian, bayi terlalu kecil dan tidak kuat untuk hidup.
5.
Mempunyai masalah kesihatan jangka masa panjang seperti buta, cerebral palsy, kesukaran belajar dan kesukaran berjalan.
Simtom dan Tanda-tanda Kelahiran Pramatang
:82: Apabila mendapati ada tanda-tanda dan simtom-simtom bersalin sebelum tarikh jangka bersalin (TJB) tidak bermakna anda akan bersalin tidak lama lagi. Sesetengah orang yang berpengalaman menghadapi tanda-tanda dan simtom-simtom bersalin (TJB) mampu menguruskan kehamilan hingga ke tarikh tersebut. Bagaimanapun, jika anda mengalami tanda-tanda dan simtom-simtom seperti di bawah, sila berjumpa doktor anda secepat yang mungkin untuk mendiagnosis jika anda mengalami tanda-tanda bersalin pramatang atau sekadar menghadapi pengecutan otat rahim (contraction). Doktor anda akan cuba untuk melambatkan waktu bersalin selagi boleh.
1.
Mengalami pengecutan rahim (contraction) yang tidak berhenti.
2.
Sentiasa berasa kejang di perut.
3.
Berasa sakit dibahagian bawah badan,belakang dan punggung yang tidak henti-henti.
4.
Terdapat air yang berwarna merah cerah dan merah pekat yang keluar dari faraj.
5.
Merasa bayi menekan dibawah.
Rawatan
1.
Melambatkan waktu bersalin dengan ubat yang diberikan oleh doktor.
2.
Jika berlaku pecah ketuban, ubat akan diberikan untuk mengelakkan jangkitan.
3.
Corticosteroid akan diberikan untuk membantu organ bayi anda matang.
4.
Membenarkan kelahiran awal jika mendapati ibu dan anak terlepas dari risiko selepas bersalin.

Apakan keperluan bayi pramatang?

  • Haba atau
    kepanasan persekitaran yang cukup. Bayi pramatang tidak mempunyai lemak
    secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu
    diselimutkan. Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat
    pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan.
  • Pemakanan dan tumbesaran bayi pramatang memerlukan
    keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi
    kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada
    kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana
    sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak
    cukup bulan.

Apakah makanan untuk bayi pramatang?

:82: Susu ibu adalah sumber makanan yang paling baik, tetapi bayi hanya boleh
menyusu terus atau menggunakan botol selepas 32 minggu. Memulakan
pemakanan bagi bayi pramatang perlu dilakukan secara sedikit demi
sedikit. Jika tidak ia boleh menyebabkan masalah usus yang berbahaya.


:82: Lazimnya bayi yang belum boleh menyusu, susu ibu perlu dipam dan diberi melalui tiub.

:82: Susu ibu mempunyai khasiat lebih kerana ia mengandungi protein
membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran. Oleh kerana bayi
pramatang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin, terdapat
formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam susu ibu untuk
meninggikan lagi khasiat.

Masalah bayi pramatang

  • Jaundis (penyakit kuning)


    Masalah yang paling kerap bagi bayi pramatang ialah jaundis.
    Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan
    sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih
    bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi
    jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan
    bahagian otak atau kecacatan pendengaran.

  • Apnea


    Apnea adalah keadaan yang mana bayi berhenti bernafas. Pada
    masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin
    kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang
    daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi
    memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.

  • Anemia (kurang darah)


    Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini
    mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu
    serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.


    Masalah pernafasan (respiratory distress syndrome)


    Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan
    secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk
    bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku.


    Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan
    sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai
    surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi dengan
    lebih baik.

    Jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin
    memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan
    surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah
    pernafasan.

  • Jangkitan


    Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi
    pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit
    sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum
    bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan. Cara
    membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.

  • Patent Ductus Arteriosus(PDA)


    Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkan
    salur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pramatang yang
    mempunyai masalah PDA; bergantung kepada besarnya PDA itu, dia boleh
    mengalami masalah kegagalan jantung. Ada ubat-ubatan yang boleh
    mengecilkan salur darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.

  • Masalah Retina ( Retinopathy of Prematurity)


    :82: Bayi pramatang mempunyai retina yang agak sensitif. Retina bayi
    pramatang boleh cedera dan ini boleh menyebabkan masalah penglihatan
    yang serius. Pada masa dahulu masalah ini dikaitkan dengan penggunaan
    oksigen yang berlebihan. Tetapi kaji selidik yang dijalankan tidak
    dapat memberi sebab kenapa ia berlaku.
Korang dah boleh beza kan bayi yang normal dengan bayi pramatang???

Bye2

Sumber

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top