leaderboard2 denaihati Banner

Monday, February 27, 2012

Buka Aurat Denda RM 500

Monday, February 27, 2012,6:31 PM
Salam readers!!

KOTA BHARU - “Saya tak tahu kalau pakai baju pendek dan tidak menutupi lengan salah di sisi undang-undang di Kelantan.” Demikian kata seorang remaja perempuan selepas dikompaun RM500 dalam operasi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI),, semalam.

Gadis itu adalah antara lima individu yang dikompaun kerana tidak menutup aurat, membuang puntung rokok di kawasan terbuka di samping tidak mempunyai lesen berniaga di kaki lima dan tidak menjaga kebersihan premis.
Operasi pembersihan yang diketuai Inspektor Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI, Mohamad Ali bersama empat pegawai itu bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 1 tengah hari.

Kompaun yang dikenakan termasuk kesalahan tidak tutup aurat dan berniaga di kali lima tanpa lesen dikenakan denda RM500 maksimum di bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 27 (A) dan buang puntung rokok di tempat awam di bawah Seksyen 10 (d) 1983 (Pindaan 1987).

Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat berkata, sepanjang tahun lalu, MPKB-BRI berjaya mengumpul RM70,000 daripada 460 kompaun yang dikeluarkan iaitu 330 kes merupakan kesalahan membuang sampah di merata tempat yang dilakukan premis perniagaan dan 130 merupakan kesalahan individu.

** Ada baiknya buat macam ni, mahu mendidik rakyatnya supaya menutup aurat lebih-lebih lagi golongan muda

Hindari Maksiat, Mata Pun Sihat ^^

Bye2

Sumber

4 comments:

cikpinky said...

tutup aurat tu wajib...kalau xde kompaun pun, kne gak tutup aurat..kn? :)

ZWAN SABRI said...

hukuman tutop aurat ni dikenakan kepada peniaga je ke or semua rakyat Kelantan? HUHU

AiSyA LiEzA said...

ttp aurat wajib.. ^^ tapi bgus je tndakan tu.. ^^ tapi just untuk peniaga??.. ermmm..

umie naziera said...

ada patut dya ckap xtahu salah disisi undang2 di Kelantan??xkan xtaw benda tu salah di sisi islam..hmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...