leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Yang Pergi Tetap Pergi Kerana Setiap Yang Hidup Pasti Akan MenemuiNYA
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam readers!!! Dah beberapa hari tak update blog, gara-gara dapat berita mengejut dari mama ahad lepas. Masa tu Pjaz baru sampai kat Dew...
Salam readers!!!

Dah beberapa hari tak update blog, gara-gara dapat berita mengejut dari mama ahad lepas. Masa tu Pjaz baru sampai kat Dewan Bedah, baru nak masuk shif mama call yang tok meninggal, sapa yang tak sedih tok meninggal, terus balik hostel dan balik kampung. Masa tu Allah sajalah yang tahu, sebak rasa ingatkan tok meninggal sebab sakit rupanya kemalangan (Motor Vehicle Accident with Cervical Fracture)..Terketar-ketar dalam kereta, nak cakap pun jadi sebak!! Mama call semua saudara-mara tok, Alhamdulillah diorang sanggup datang walaupun dok jauh semata-mata nak bagi penghormatan terakhir..saudara mara yang datang pun memang ramai lebih kurang 1000 orang, terasa sebak melihat orang yang kita sayang terbujur kaku diselimuti kain putih tapi apakan daya, Allah lebih sayangkan dia.

Dikala semasa hidupmu sering menceriakan hati yang gersang,
Berbakti kepada tanah demi sesuap nasi,
Mencari rezeki hanya menaiki basikal tua,
Tetapi langkah gerakmu cepat walaupun hanya dengan mengayuh,

Kini,
Tiada lagi kayuhan yang menjadi taruhan,
Langkah terhenti untuk selama-lamanya,
Jasad terbujur kaku diselimuti kain putih,
Hanya doa menjadi perantara,
Kenangan bersamamu adalah kenangan yang paling terindah sebelum meninggalkan kami,

Dunia hanya tempat sementara diibaratkan tempat praktikal,
Menguji segala kekuatan fizikal dan mental yakni meninggalkan laranganNYA dan dan patuh suruhanNYA,

Kita yang masih hidup beramal lah sebelum terlewat,
Kematian bukan berdasarkan pilihan kita,
Kerana ajal maut ditangan tuhan,

Jom jadi hamba yang baik dan beramal!!!

Pjaz sayang tok..

Nukilan: Cik Pjaz
31 Jan 12

Semoga tok ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..
Amin..

Nasyid "Selimut Putih" Semoga nasyid ini dapat mengingatkan serta menyadarkan kita akan KEMATIAN, sang pemutus segala kenikmatan dunia


Bye2

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top