leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Bunyi Ngauman ‘Aneh Dan Menakutkan Dari Langit’ Di Sarawak Mendapat Perhatian Dunia
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam readers!!! Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lal...
Salam readers!!!



Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.

Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.

Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu

The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.

Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.

Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.

sila rujuk di sini : http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/

Ini bunyi yang berjaya direkodkan oleh salah seorang penduduk di Sarawak:


Masa dengar bunyi ni, meremang bulu roma..errr

Jika difikirkan balik, apa yang korang fikir???

:m: Adakah itu satu bunyi angin??

:m: Ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)

:m: Adakah SATU PETANDA??? supaya kita sentiasa ingat kepadaNYA??

Sama-sama kita renungkan =]

Kredit: MyNewsHub

Bye2


About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top