leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Anwar Ibrahim Bebas dari Hukuman Liwat dan Didapati Tidak Bersalah, Nasib Saiful??
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam readers!!! Berita sangat HOT pada hari ini : KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas daripada tuduhan me...
Salam readers!!!

Berita sangat HOT pada hari ini :

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium, empat tahun lalu.

Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati wujudnya elemen tiada integriti dalam sampel DNA.

Keputusan itu disambut dengan sorakan oleh lebih 6,000 penyokongnya yang membanjiri parkir Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini.

Keputusan diumumkan sekitar 9.21 pagi.

Terdahulu dengan memakai baju biru dan seluar hitam, Anwar memasuki bilik perbicaraan mahkamah yang penuh sesak diiringi isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak kira-kira jam 8.50 pagi.

Anwar, 64, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Kesesakaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Ruang mahkamah dipenuhi anggota keluarga Anwar dan beberapa anggota Parlimen, dan para wartawan tempatan serta asing.


About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top