leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: SAMBUTAN AWAL MUHARRAM | PENGHIJRAHAN NABI MUHAMMAD SAW
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam readers!!! SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1433 PERINGKAT KEBANGSAAN AKAN DIADAKAN PADA 27 NOVEMBER DI DEWAN PLENARI PICC Tema Sambutan Maal ...
Salam readers!!!

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1433 PERINGKAT KEBANGSAAN AKAN DIADAKAN PADA 27 NOVEMBER DI DEWAN PLENARI PICC

Tema Sambutan Maal Hijrah Pada tahun ni ialah:
'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'

Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.

Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91)


Peristiwa Terpenting :

1 Muharram:

  • Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).


10 Muharram :

  • 10 Muharram – Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan ‘Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit
Suka sangat nasyeed ni, dari kecil sampai besar dengar nasyeed ni

Al- Ajiba : Maal Hijrah



Sama-sama kita renungkan, dan Selamat beramal

P/s: Pjaz ada Syiling RM 1 Maal Hijrah Edisi Khas, kalau tak silap nak dekat 20 tahun usia syiling tu,

Maaf kabur sikit, banyak lagi mama pjaz simpan koleksi khas ni..heheh

Bye2

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top