leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Nak Cantik Macam Fasha Sandha Boleh??
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam readers!!! Nak jadi cantik macam Fasha Sandha Boleh??? Dua situasi berbeza, zaman dahulu dan zaman sekarang: Zaman dahulu: Cik...
Salam readers!!!
Nak jadi cantik macam Fasha Sandha Boleh???

Dua situasi berbeza, zaman dahulu dan zaman sekarang:

Zaman dahulu:


Cikgu: Cikgu nak tanya, nanti dah besar nak jadi ape?

Pelajar: Saya nak jadi ustazah, doktor, jurutera dll

Cikgu: Alhamdulillah, siapa idola kamu semua?

Pelajar: Mestilah Nabi Muhammad sebab baginda mempunyai sifat-sifat mahmudah yang baik untuk dicontohi, dan ibu bapa kami, sebagai pendorong untuk mencapai kejayaan.

Cikgu: Sejuk perut cikgu dengar..hehehe =]



Zaman sekarang:

Cikgu: Cikgu nak tanya, nanti dah besar nak jadi ape?

Pelajar: Cikgu, saya dulu nak jawab!!!!

Cikgu: Haishhh!!!sorang-sorang la..

Pelajar A: Cikgu, nanti besar saya nak jadi artis macam FASHA SANDHA, gebu, cantik, boleh masuk tv, boleh terkenal..bla..bla...

Pelajar B: Cikgu, saya nak jadi pelakon, boleh jadi terkenal terus, boleh kahwin dengan VVVVVVIP, kan..kan?

Pelajar C: Kalau saya pulak, nak jadi penyanyi suara saya kan sedap, dapat jadi juara pun jadi lah..

Cikgu: Ishk2, semua nak jadi artis, urmmmmm, panas perut cikgu dengar..erkkk


Ini adalah rekaan Pjaz semata-mata, tetapi ada betul jugak,ada jugak Pjaz tanya budak-budak keik ni, adik nak jadi apa nanti besar, nak jadi artis. Salah siapa? salah ibu bapa?salah cikgu? atau salah media massa? suka sangat duk tengok orang terkinja-kinja, berpakaian seksi alik-alik terpengaruh dengan gaya diorang dan korang boleh lihat banyak kes buang bayi, kena tangkap khalwat, kena rogol..nauzubillah


Nak jadi jadi macam artis boleh, tetapi mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Islam, sangat mudah..Nak jadi macam F***** S******?? kulit gebu, senyuman manis. Semua wanita nak kelihatan cantik tetapi ikutlah panduan yang telah digariskan oleh Syariat Islam..


Sang A: SAYA NAK JADI CANTIK MACAM DIA!!
Pjaz: Tu senang je, nanti Pjaz bgtau

:63: Tutuplah kepalamu dengan kelubung atau tudung sehingga paras dada dan tidak menampakkan tenguk dan rambutmu, agar dipelihara dengan baik..Sanggupkah kamu melihat mahkotamu dirakus begitu saja???? Insyaallah, kamu pun boleh jadi cantik macam dia,


:63: Berikanlah senyumam manis dan ikhlas, memberikan kegembiraan kpd orang lain yang sedang berduka, senangkan??


:63: Tutuplah dadamu dan seluruh tubuhmu dengan pakaian yang longgar dan tidak menampakkan susuk tubuhmu. Pakailah pakaian yang tebal dan tidak jarang, dan tidak mengarap untuk menarik perhatian dengan pelbagai perhiasan yang dipakai. Sapa kata orang yang tutup aurat tak cantik?? lagi cantik adalah =]


:63: Dan janganlah kamu terlalu 'bertabarruj' @berlebihan, maksudnya jangalah bersolek secara berlebih-lebihan kerana kecantikan sepatutnya wajib ditutup. Kalau nak bersolek boleh, tapi ikut keperluan janganlah sampai 'eyeliner' tebal sampai 5cm kan? =] Berdasarkan firman Allah swt dalam surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud :
“Dan hendaklah kamu tetap di rumah mu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliyyah dahulu.

:63: Susunlah butir-butir katamu dengan sopan dan tidak mencemuh percakapan orang lain. Setiap kata-kata adalah doa, jadilah ucaplah kata-kata yang sopan dan boleh menggembirakan orang lain. Semudah ABC kan?


:63: Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31]

Senangkan??? Nak jadi cantik macam sapa-sapa pun boleh, asalkan kita ikut yang mana telah digariskan, Insyaallah kita boleh jadi LEBIH CANTIK..


' Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'


Amani- AMAR (Buat Wanita Solehah)



Pjaz mintak maaf kalau ada yang terasa,hanya untuk berkongsi =]
Idea datang secara spontan je ni mse tengah dengar lecture..heheh, sapa-sapa yang nak share boleh lah yer, tapi kena ingat Kreditkan oleh Cik Pjaz yer..

TQ


Bye2


About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top