leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Lembu Aidiladha Buat Onar
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam readers!!! Tak sabar nak Raya Haji, tapi timbul pulak berita camni, lembu import buat onar,hehehhe Mungkin lembu tempatan lebih ba...
Salam readers!!!

Tak sabar nak Raya Haji,
tapi timbul pulak berita camni, lembu import buat onar,hehehhe
Mungkin lembu tempatan lebih baik kan?


PADANG BESAR - Sebanyak 64 ekor lembu dari Thailand tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara ini setelah pihak berkuasa mengesan tanda-tanda haiwan itu menghidap penyakit kuku dan mulut.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Sabry Ahmad berkata, semua lembu yang dianggarkan bernilai RM200,000 itu dibawa masuk melalui pintu sempadan di sini dua minggu lalu untuk kegunaan sempena Aidiladha.

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau pusat kurantin kerajaan dan swasta di sini semalam, beliau berkata, kesemua ternakan itu diarah dibawa pulang ke Thailand setelah pemeriksaan oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Kurantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di pintu sempadan mendapati ia mempunyai tanda-tanda berpenyakit.

"Setiap ternakan yang diimport ke negara ini melalui pintu sempadan itu diperiksa rapi bagi memastikan hanya ternakan yang sihat dibenarkan masuk," katanya.

Beliau berkata, kesemua lembu tersebut dibawa masuk dengan empat buah lori kira-kira dua minggu lalu.

"Tindakan menghalang ini menyebabkan pengimportnya kerugian kira-kira RM200,000 tetapi ia terpaksa diambil sebagai langkah pencegahan menghindari penyakit kuku dan mulut merebak di sini," ujarnya.

Sepanjang tahun ini, jelasnya, sebanyak 13,309 ekor lembu dari negara jiran dibawa masuk melalui pintu sempadan di sini yang dianggarkan bernilai RM26.6 juta.

Seekor lembu berharga kira-kira RM2,000.

Tambahnya, lembu import wajib melalui kuarantin selama 10 hari sama ada di pusat kuarantin swasta atau di Maqis. - Bernama

Dikir Barat- Lembu tak Tambat =)
Jom dengar, best lagu ni



About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top