leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Berita l Berasmara Di Sebalik Rimbunan Pokok Rhu
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam readers!!! MAD Rifin menunjukkan kawasan yang sering jadi tempat pasangan remaja lepak di Kampung Mek Mas dekat Pantai Cahaya Bula...
Salam readers!!!


MAD Rifin menunjukkan kawasan yang sering jadi tempat pasangan remaja lepak di Kampung Mek Mas dekat Pantai Cahaya Bulan

KOTA BHARU: Rimbunan pokok ru y
ang ditanam Jabatan Perhutanan Kelantan bagi mengelak tsunami dan hakisan di Kampung Pantai Mek Mas, dekat Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, kini disalah guna remaja sebagai kawasan mereka melakukan maksiat.
Kawasan tanaman ru itu yang mempunyai daun rendang dengan ketinggian antara 15 hingga 20 kaki dikatakan sebagai kawasan selesa dan tersembunyi daripada pandangan orang awam untuk remaja melakukan maksiat.

Tinjauan Berita Harian ke Kampung Mek Mas, mendapati pokok ru di kawasan seluas lebih lima hektar itu rendang dengan daunnya yang lebat mencecah tanah, menjadikan kawasan itu tersembunyi walaupun ia berhampiran pantai. Keadaan itu bagaikan tempat menyeronokkan kepada remaja melempias nafsu atau mengambil dadah.
Tinjauan bersama beberapa penduduk kampung yang juga Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kampung Kerajaan Persekutuan (JKKP) menemui botol minuman, mancis, kondom dan tikar buruk, dipercayai digunakan remaja untuk melakukan kegiatan tidak sihat itu. JKKP Pulau Kundor, Mad Rifin Mamat, 59, berkata beliau sering terserempak pasangan remaja keluar masuk dari rimbunan pokok ru itu. JKKP Mukim Che Latif, Razali Dollah, 47, berkata beliau kesal dengan segelintir remaja yang dipercayai dari luar kampung datang melakukan maksiat pada hujung minggu. JKKP Kampung Tikat, Enchek Mohd Zakri Che Omar, 40, berkata dia pernah terserempak pasangan remaja keluar dari rimbunan ru ketika beliau bersama belia mukimnya bersukan. Penduduk Kampung Mek Mas yang juga Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Pengkalan Chepa, Roslee Maidin, 40, berharap JHEAIK memantau kawasan itu kerana ru itu ditanam untuk mengelak tsunami, namun ia disalahgunakan remaja tidak bermoral.

Sementara itu, Penolong Pengarah Pejabat Perhutanan Kelantan, Azmer Mohamad, ketika dihubungi berkata, pihaknya sedia maklum dengan kejadian itu dan meminta kerjasama JKKP Mukim Pantai Mek Mas supaya memantaunya sebelum membuat laporan kepada bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK).
Katanya, Pejabat Perhutanan Kelantan membelanjakan lebih RM300,000 bagi menanam pokok rhu di kawasan seluas 21.2 hektar termasuk Pantai Mek Mas, Pulau Kundor, Kota Bharu dan Bachok sejak 2005. "Tujuan kami ialah untuk menghalang hakisan pantai selain bagi mengelak berlakunya ombak besar tsunami kerana rhu adalah sejenis pokok yang kuat dan boleh menghalang kejadian ombak besar," katanya di sini, semalam. Azmer berkata, pokok bakau juga di kawasan 87.42 hektar dengan peruntukan RM700,000 iaitu di Pulau Kundor, dekat PCB dan Pantai Geting, Tumpat bagi tujuan sama kerana negeri ini sering terdedah kepada ombak besar dan hakisan.


Apa nak jadi la dengan diorang sekarang ni, cuba korang fikir buat maksiat, buang bayi ni majoriti kaum ape? MELAYU??? CINA??? atau INDIA??? Fikir-fikirkanlah,

Bye2


Sumber


About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top