leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Video Dan Gambar Gempa Bumi Turki 2011
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam readers!!! ANKARA – Dianggarkan antara 500 hingga 1,000 orang terbunuh selepas gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter menggeg...
Salam readers!!!

ANKARA – Dianggarkan antara 500 hingga 1,000 orang terbunuh selepas gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter menggegarkan timur Turki, hari ini.
Stesen televisyen NTV melaporkan 10 bangunan runtuh dan banyak rumah ranap di wilayah Van di timur Turki akibat gempa itu diikuti dengan gegaran susulan berukuran 5.6 skala Richter selepas itu.
Datuk Bandar Van, Bekir Kaya berkata, gempa itu mencetuskan panik dan menyebabkan perkhidmatan telekomunikasi terputus.
Beliau berkata, gempa turut dirasai di wilayah-wilayah berdekatan.
Sementara itu, agensi bencana di pejabat Perdana Menteri Turki dalam satu kenyataan berkata, gempa tersebut menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak dan kemusnahan harta benda.
“Banyak bangunan, hotel dan kediaman runtuh.
“Kami boleh mendengar suara orang meminta tolong dari celah-celah runtuhan bangunan,” kata seorang pegawai tempatan. – AFP

P/s:Kat Buletin Utama tadi, bayi berusia lebih kurang 2minggu ditemui selamat, Ahlamdulillah

Salam takziah kepada ahli keluarga yang terbunuh dalam kejadian gempa bumi ni, AL-FATIHAH




About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top