leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Lawatan Komuniti: PUSAKAS
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam readres!! Hari ni, seawal 8.30 kami, kumpulan B berangkat ke PUSAKAS, Korang tahu ke PUSAKAS tu hape? hehe, PUSAKAS tu Pusat Asuhan...
Salam readres!!

Hari ni, seawal 8.30 kami, kumpulan B berangkat ke PUSAKAS, Korang tahu ke PUSAKAS tu hape? hehe, PUSAKAS tu Pusat Asuhan Kanak-Kanak Spastik, berdekatan dengan Rumah Kenangan (Rumah Orang-Orang Tua) dekat Pengkalan Chepa, First Impression sebelum datang sini takut, bimbang sebab tak pernah datang sini, tapi masa dah datang memang best lah, sangat-sangat mengujakan, tadi masuk kelas Mawar, pelajar dalam kelas kelas tu ada 4 orang je sorang pasif, dua nampak ok dan seorang lagi memang 'garang', suka tengok diorang, Pjaz suka sangat budak-budak ni, tak caya???nanti tengok jap ag..hehehe

Definisi Kanak-Kanak Spastik

Pembaca jangan keliru dengan istilah kanak-kanak kurang upaya atau kanak-kanak istimewa, kerana kanak-kanak spastik bukanlah terdiri daripada mereka yang terencat akal, malah ada antara mereka lebih pandai dari kanak-kanak biasa.

Nama keadaan ini dalam bahasa perubatan adalah Cerebral Palsy(CP), dimana mereka mempunyai kesukaran untuk melakukan pergerakkan normal, kekalkan keseimbangan badan dan lain-lain. Sebab utama adalah otak mereka mengalami kerosakkan di bahagian Cerebral Cortex, yang mengawal fungsi motor, fikiran dan fungsi deria.

Terdapat 3 bentuk CP, spastic, athetosis dan ataxia. Spastic merujuk pada kerosakan pada bahagian Cerebral Cortex, athetosis pula kerosakkan pada bahagian Basal Ganglia yang mengawal pergerakkan agar lebih teratur, tersusun dan tepat. Ataxia pula kerosakkan pada bahagian Cerebelum yang mengawal keseimbangan badan, postur koordinasi pergerakkan.

Di PUSAKAS ni, Pjaz difahamkan Pelajar dekat sini dapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat RM 150.00, kurang sikit beban mereka kan,

.

.

.


Tengok la, penyayang kan Pjaz..hahahah, lentok sungguh dia

Comel sangat budak ni..

Jadikan sebagai renungan

Siti Musliha- Hujan Air Mata



'Kita sebagai manusia patut bersyukur dengan apa yang kita ada' walaupun mereka kurang tetapi mereka sangat ISTIMEWA

Bye2

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top