leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Dadah: Jururrawat Jepun Dihukum Gantung
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam readers!!! Kesian kan kat wanita ni?urmmm~jadikan sebagai pengajaran, rakyat malaysia pun ramai dipenjara di luar negara gara-gara j...
Salam readers!!!

Kesian kan kat wanita ni?urmmm~jadikan sebagai pengajaran, rakyat malaysia pun ramai dipenjara di luar negara gara-gara janji manis yang diberikan dan sanggup menjadi keldai dadah akhirnya, janji-janji manis pun entah kemana dan masa depan pun hancur, nasi pun dah jadi bubur




Seorang wanita warga Jepun yang pernah menjadi jururawat menangis teresak-esak selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atasnya kerana kesalahan mengedar dadah jenis methamphetamine atau syabu dua tahun lepas.
Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan tertuduh, Mariko Takeuchi, 37, dari Tokyo, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Wanita itu didakwa mengedar 3,493 gram methamphetamine di kaunter pemeriksaan kastam, Unit Khas Penumpang T, Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.55 malam, 30 Oktober 2009.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Dalam penghakimannya, Siti Mariah antara lain berkata, Mariko dalam keterangan pembelaannya mendakwa dia pergi ke Dubai untuk mengambil wang daripada Alex yang dakwanya sebagai teman lelaki kepada rakan baiknya.
Hakim itu berkata, tertuduh memberitahu selepas berada di Dubai kira-kira lima hari, dia telah berjumpa dengan pemandu Alex yang kemudian meminta bantuan dia membawa sebuah beg yang katanya berisi pakaian ke Malaysia.
Setibanya di KLIA, Mariko ditahan pihak Kastam yang menjalankan operasi selepas menemui dadah dalam beg yang dibawa tertuduh.
"Saya mendapati pembelaan gagal mengemukakan keterangan bagi menangkis anggapan pengedaran dadah dan pembelaan tertuduh adalah direka-reka, tidak munasabah dan tidak logik.
"Alasan tertuduh bahawa dia pergi ke Dubai untuk dapatkan wang tidak munasabah dan mencurigakan. Alex boleh hantar sendiri wang kepada teman wanitanya dan tidak perlu tertuduh datang ambil," kata Siti Mariah.
Hakim itu juga berkata, tertuduh gagal membawa rakan baiknya untuk membantu pembelaan dan kegagalan mengemukakan rakan baik tertuduh itu menunjukkan keterangan yang diberikan hanyalah rekaan.
Siti Mariah mendapati tertuduh bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati mengikut peruntukan Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber : Kosmo

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top