leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Adab Ketika Minum
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam reades!!!!! hari ni dah lepas satu beban Medikal Surgikal dalam duk exam sempat lg fikir nk masukkan entri ape hari ni..haha x leh...
Salam reades!!!!!:face75:

hari ni dah lepas satu beban Medikal Surgikal dalam duk exam sempat lg fikir nk masukkan entri ape hari ni..haha x leh blah..

Jadi Pjaz nk kongsi sikit apa yang pjaz baca dlm buku "ADAB KETIKA MINUM"
Korang pernah minum berdiri?? kadang-kadang dalam keadaan kelam kabut dan terlalu haus maklumlah cuaca tak menetu, nak jugak minum berdiri kan?? sepatutnye lah perkara ni perlu diingat selalu kerana Islam menggalakkan umatnya menjaga tatatertib tak kira lah dalam situasi manapun,


:83: Bacaan Bismillah dan Alhamdulillah
Sebagai seorang muslim setiap perkara yang kita buat perlu dimulai dengan 'Bismillah' sebagai pembuka perbuatan. Semestinya setiap benda kita nk buat ada permulaan dan perakhiran kan? sama la jugak ni, dan diakhiri dengan bacaan 'Alhamdulillah' supaya apa sahaja yang kita lakukan itu akan diberkati oleh-Nya, Insyaallah Ingat masa kat sekolah rendah, makan nasi dengan kawan... ko dah kenyang ke? belum la nape yer?

Pjaz menjawab ni mesti tak baca Bismillah, makan dengan syaitan la tu..hehee, sejak dari hari tu baca Bismillah ketika makan, tak nak kongsi makanan dengan syaitan.. tu juga salah satu cara untuk mendidik supaya amalkan tatatertib yang telah ditetapkan dalam islam.. tak susah kan nak baca Bismillah,


:83: Minum dengan tiga kali nafas
Rasulullah SAW tidak pernah bernafas ketika minum melainkan menjarakkan hidung dan mulutnye daripada gelas.

Dijelaskan dalam Hadis Sahih bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya " Apabila salah seorang daripada kalian minum maka janganlah ia bernafas dalam gelas akan tetapi hendaklah ia menjauhkan tempat minum dari mulut" ( Hadis riwayat Ibu Majah dan Abu Hurairah r.a)

Dengan cara ini dinyatakan amat berkesan untuk menghilangkan dahaga dan mendapatkan kepuasan ketika minum...Suhanallah,dulu suka sangat hembus nafas dlm gelas lebih-lebih lagi kalau minum air milo ais, nak buat mcm kuar hembusan bayu sejuk..heheehehe, yang paling pjaz ingat lepas jogging amik air botol terus minum dalam satu nafas, memang semput, sangat memberi kesan yang tak baik kepada badan, adik-adik hangan buat camtu yer x elok=)


:83: Minum dalam keadaan duduk

Pjaz tengok budak2 sekarang suka sangat minum berdiri, yang tu salah siapa?? kita ataupun ibubapa mahupun guru?? perlu diingat adab sebeginilah yang dapat membezakan orang islam dengan agama lain, Oleh itu, kalau nak minum tu cari tembat duduk ketika minum kerana budaya yang baik macam ni lah kita kena tunjukkan kepada bangsa lain, kalau tak, bila lagi??? Tapi, jika tiada tempat lansung tempat untuk duduk maka barulah diharuskan untuk minum sambil berdiri, Islam sangat mudah kan, tapi susah nak praktik termasuklah Pjaz sendiri


:83: Amalan hidup bersih

Islam melarang kita menghembuskan nafas ketika minum bukan tanpa sebab, try korang fikir sejenak kalau la time tu korang tengah flu dan terbersin dalam air tu, agak-agak minum tak??mesti tak minum kan kerana ditakuti akan mendatangkan kemudataran


:83: Berehat dahulu

Selepas melakukan pelbagai kerja, rehat la dulu, jangan dok main terjah minum air kerana badan yang masih lagi penat, organ dalaman kita pun penat dan perlu diberikan masa untuk rehat sebelum melakukan aktiviti seterusnya


:83: Jangan minum sekali teguk

Tidakkah korang sedar yang jika kita minum tanaf bernafas boleh mendatang kemudaratan kerana wap panas yang korang sedut ketika minum tu boleh menimbulkan kesekatan pada kerongkong dan boleh menyebabkan tercekik ketika minum. Maka bernafaslah ketika minum seperti mana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

" Sesunggunya yang demikian lebih yang memuaskan, lazat dan mudah ditelan serta lebih selamat" ( Hadis Riwayat Muslim, Ahmad, Bukhari, Abu Daud, At-Tirmizi, Ibn Majah)


Pjaz harap lepas ni harap-harap berubah menjadi lebih baik =)Insyaallah


About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top