leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Review Filem : Bini Biniku Gangster
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam readers!!! Pjaz ada tgk Trailer Filem Bini biniku Gangster, best kot walaupun dh kuar 22 September, tetap kne menunggu untuk men...
Salam readers!!!

Pjaz ada tgk Trailer Filem Bini biniku Gangster, best kot
:face18:
walaupun dh kuar 22 September, tetap kne menunggu untuk mendowload jugak,
kat kelantan mane ada panggung wayang:9:


Tagline paling gempak untuk filem ni Lu Langsi Wa Kawin Lagi:face51: ,
mmg ganas tu,hahah

Merupakan sebuah filem Aksi Komedi arahan Ismail Bob Hashim

Antara pelakon dlm filem ni,

:67: Shahiezy Sam ~ Pelakon Terbaik FFM23 (Herry)

:67: Yana Samsudin (Manja)

:67: Intan Ladyana (Reanna)


Sinopsis Bini biniku Gangster:

Bini Biniku Gangster Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.

Jom tgk Trailer filem ni:face12:

Bye2

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top