leaderboard2 denaihati Banner



 

Unknown Unknown Author
Title: Imej hantu penunggang kuda dekat Dataran Tahrir
Author: Unknown
Rating 5 of 5 Des:
SATU lembaga penunggang kuda (dalam bulatan) berada di sebatang jalan raya dekat Dataran Tahrir di Kaherah pada Khamis lalu. KAHERAH - ...

SATU lembaga penunggang kuda (dalam bulatan) berada di sebatang jalan raya dekat Dataran Tahrir di Kaherah pada Khamis lalu.

KAHERAH - Stesen televisyen MSNBC merakamkan imej hantu dipercayai seorang lelaki yang menunggang kuda dalam rusuhan bagi menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan di sini pada Khamis lalu.
Imej misteri itu disiarkan dalam lintasan berita mengenai situasi yang berlaku dekat Dataran Tahrir di sini pada awal pagi.
Dalam imej tersebut, bayang penunggang kuda yang berwarna hijau dan bercahaya itu seolah-olah melihat gelagat para penunjuk perasaan membaling batu dan kebakaran kereta di tepi sebatang jalan raya dalam rusuhan itu.
Kuda yang dinaiki lelaki itu kemudian bergerak perlahan-lahan sebelum ia berlari ke langit dan lenyap ditelan kegelapan.
Imej tersebut kini menjadi perdebatan hangat dalam beberapa laman web di Internet mengenai kejadian misteri itu.
Beberapa pengguna Internet yang menyaksikan rakaman video itu menyatakan ia disebabkan oleh cahaya kilat kamera atau pantulan cahaya.
Imej misteri itu juga boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi
Kredit to: Kosmo
Ni video nye
Ape pendapat korang sume?

Bye2

About Author

Advertisement

Post a Comment

  1. waaaa..betul ke??nanti tak pasal kena tipu spt mana yg berlaku time malaikat kat kaabah tu..tapi,kalau betul,,satu word je alief akan sebut...SUBHANALLAH...

    ReplyDelete
  2. maklumat ini x benar.mengapa? sbab pantulan televisyen dari skrin yang direkodkan ... kalau benar kenapa stesyen tv kita tak heboh2 kan? hurm..ace kamo cube pike.....hurm...bagi Sakura ...x benar...
    kalau btol wallahualam.

    ReplyDelete
  3. pjaz pun x tahu benar atau tidak,cuma ingin kongsikan shaja,
    mungkin betul atau tidak,
    kalau betul,Subhanallah, Hanya DIA saja yang mengetahui

    ReplyDelete
  4. xpe..maklumat perlu dikongsi nanti jadi cam katak bawah tempurung..(eh, skrg dah tkder tempurung...katak bawah polisterine)hehehe

    ReplyDelete
  5. hehehe,
    betol3
    cz skrg ni byak maklumat yang diterima
    tidak pasti samada betul atau x
    mengelirukan!!!

    ReplyDelete

 
Top