leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Hari Valentine, sesuai tak?
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam, Mu ngkin ramai yang dah tau Tarikh dikatakan KERAMAT oleh pasangan muda sekarang, 14 FEBRUARI setiap tahun, Korang sambut ...
Salam,

Mungkin ramai yang dah tau Tarikh dikatakan KERAMAT oleh pasangan muda sekarang,

14 FEBRUARI setiap tahun,


Korang sambut ke HARI KEKASIH ni???

Pada pendapat Pjaz la kite sebagai umat Islam x payah la nak sambut hari kekasih, Kalau nak sambut hari kekasih sekalipun, gi la buat doa selamat ke, sembahyang hayat ke untuk penjangkan perhubungan.. betul x?

Hari- hari orang berkasih sayang, x kan la sampai 14 Februari jugak menjadi pilihan mereka.

Ada satu sketsa, mase ni seorang kanak-kanak lelaki melihat sepasang kekasih saling bertukar-tukar hadiah..

Adik: Mama, kakak dan abang tu duk wat ape? Gembirenye mereka
Mama: X payahla adik tiru nanti besar yer, x baik camtu
Adik: Tapi nampak best la abang tu bagi bunga kat akak tu, adik suka la. Nanti adik besar pun adik nak buat macam tu,mesti best kan...
Mama: (Terdiam seketika)...Urmmm, Cuba teka apa yang mak dia nak jawab balik? hehe

Sampaikan budak yang tengok pun akan terikut-ikut tanpa mengetahui perkara yang dia akan lakukan itu BENAR atau SALAH..

Kalau ikut statistik hari yang paling banyak orang buat maksiat :

BULAN 2- VALENTINE'S DAY
BULAN 8- HARI MERDEKA
BULAN 12- (COUNTDOWN TIME)~ TAHUN BARU


Ni la jadinya!!!PEMBUANGAN ANAK MERATA-RATA

JADI HARI KEKASIH PATUT DIHARAMKAN!!

Mesti korang dah tau pasal sejarah valentine kan?
Jadi kita sume dah besar,

NAK SAMBUT @ TAK NAK SAMBUT??? (Semua atas pendirian kita)

***************************************************

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.


Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.


Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)


Bye2
p/s: Jom puasa Sunat nanti maulidur rasul =)

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top