leaderboard2 denaihati Banner



 

Unknown Unknown Author
Title: tanpa kepala????
Author: Unknown
Rating 5 of 5 Des:
Salam, tadi sambil baca nwspaper, terlihat la satu artikel, mak oii, boleh trauma la pjaz kalau kena kat kite sndiri, ape tuuuuuu!!! L...
Salam,

tadi sambil baca nwspaper,
terlihat la satu artikel,
mak oii, boleh trauma la pjaz kalau kena kat kite sndiri,
ape tuuuuuu!!!
LEMBAGA HITAM!!
TANPA KEPALA???


ni berlaku kat Johor,

ingat plak kelmarin mok zan cerita pasal ni,
bukan pasal kes diatas tau,
yg ni lagi dahsyat,
berlaku kat kuartes penjara melaka,huhu
tapi bukan yang x de kepala,
tapi BESAR punya,
sangat mengerikan,
nanti balik jerteh nak tgk gambar tu,hehe

yang pjaz tahu sampaikan 'benda tu' dari melaka boleh sampai ke Jerteh,
sampaikan org kat kuartes penjara melaka dengar 'benda ni' mengilai,
takutnye,

tapi x blh cite panjang2 tau,heheh
tuttttttt!!

Petikan artikel dari Utusan Malaysia Online:

MERSING 8 Jan. - Keasyikan seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam merakamkan wajah sendiri pada waktu maghrib menggunakan telefon bimbit akhirnya memberi suatu pengalaman yang sukar untuk dilupakannya.

Remaja berkenaan, Safura Zakaria, 19, secara tidak sengaja merakamkan imej pelik dan ganjil di rumah neneknya di Kampung Pengkalan Batu, di sini Jumaat lalu.

Menurutnya, semasa merakamkan gambar tersebut dia langsung tidak menyedari kehadiran lembaga seperti seorang wanita tanpa wajah berpakaian serba hitam itu kerana terus keluar bersiar-siar ke bandar Mersing.

"Apabila pulang semula ke rumah kira-kira pukul 11 malam, saya membuka telefon bimbit untuk melihat kembali gambar tersebut dan ternyata imej di dalamnya mengejutkan kami sekeluarga," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Safura berkata, dia kemudian memberitahu kejadian aneh tersebut kepada neneknya, Salamah Arshad, 70, sebelum mereka cuba merakam kembali gambar dengan kedudukan sama dengan menjadikan anak saudara lelaki berusia tujuh tahun sebagai objek seperti yang terdapat gambar berkenaan.

Namun, katanya, rakaman dengan kedudukan yang sama ternyata tidak membawa hasil seperti gambar terdahulu kerana rupa paras anak saudaranya itu jelas kelihatan tidak seperti lembaga tersebut.

"Gambar dalam telefon bimbit itu, seolah-olah satu lembaga tidak berwajah serta tanpa kaki sedang melihat ke arah saya yang menghadap cermin muka.


"Allah menjadikan malaikat, jin dan syaitan sebagai makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia, namun ia boleh menyerupai atau menjelma dengan pelbagai bentuk.


bye2

About Author

Advertisement

Post a Comment

  1. salam

    mak aih biar betul. tu ke gambar dia. seram gilerh... apezs follow sini..;)

    ReplyDelete
  2. seram kan?
    hehe,
    kalau tgk benda ni dpn mata konfem dh trauma nak amik gambar :)

    ReplyDelete
  3. mmg ngeri,
    tgk pun meremang bulu roma

    ReplyDelete
  4. @caliph: mmg pun,
    yang kes ni pun dalam waktu maghrib jgk asenye,
    tapi kebanyakan masyarakat hari ni waktu maghrib la nak bergelak2,..ni pun dari pengalaman pjaz sendiri ngan kwn mse skola dulu..hehee

    ReplyDelete
  5. orm, malam ajl kah? hurm...makcik Sakura pon ternampak..entah yer entah tdak sbb x bawk hp time tue..~berdiri bulu roma taw....da2 jgn bincang da

    ReplyDelete
  6. @fatin sakura: bkn malam ajl.ni berlaku kat johor,
    ngeri x,hurmmmm
    takottt ;(

    ReplyDelete

 
Top