leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: ♥ Penangan Gomo Klate Gomo ♥
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam, rasenye x terlambat untuk pjaz ucapkan tahniah kepada Pasukan Kelatan Gomo Klate Gomo.. kredit to: berita kosmo Pjaz sebagai ana...

Salam,
rasenye x terlambat untuk pjaz ucapkan tahniah kepada Pasukan Kelatan
Gomo Klate Gomo..
kredit to: berita kosmo

Pjaz sebagai anak jati kelantan pun bangga sangat cz ni kali pertama Kelantan menjulang Piala Malaysia ni,

Smalam tengok bola fuhhh!!!
best giler....
kalau tengok kat Stadium Bukit Jalil tuh,
penuh ngan kaler merah,
lautan merah..
semangat betul diorang ni..

Pjaz sanggup datang lewat kat USM semata-mata nak tengok bola...
fanatik katakan..heheh

Permainan mereka pada masa pertama nampak macam kucar kacir sikit,
sampai la kat tendangan penalti...

mase tu,
rase geram dan marah pun ade,
tapi pjaz yakin,
kalau pasukan klate marah,

'PENANGAN GOMO AKAN MENJADI'
heheheh..

mase pusingan kedua
permainan agak seronok cz pertahanan N9 tumbang,heheh [jgn marah]
mase tu la pasukan kelantan memberontak untuk sumbatkan GOL

2 GOL tau..hehehe tahniah untuk ~ Hairuddin Omar dan Badhri Radzi

TAHNIAH UNTUK PASUKAN KELANTAN

ni sedikit petikan yang pjaz ambil kat Berita Kosmo

KESUNGGUHAN para pemain untuk muncul juara dianggap jurulatih Kelantan, B. Sathianathan sebagai kunci utama kejayaan skuad Red Warriors itu menundukkan Negeri Sembilan 2-1 malam tadi.


Kata-kata Sathianathan di bilik persalinan ketika waktu rehat separuh masa pertama nyata membuatkan para pemain tidak patah semangat biarpun mereka ketinggalan 0-1 menerusi sepakan penalti Shahurain Abu Samah pada minit ke-13.


“Saya bangga dengan pemain kerana nak menang buat kali pertama bukan sesuatu yang mudah. Tapi semua pemain mahukan kemenangan pada perlawanan ini.


“Memang kami ketinggalan 0-1 tetapi gol Negeri Sembilan itu diperoleh terlalu awal dan masih ada masa untuk kami cari gol. Itu sebab kami tak berasa risau,” kata Sathianathan pada sidang media selepas perlawanan.


Biarpun berjaya membawa Kelantan muncul juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super musim ini, Sathianathan menyerahkan kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sama ada mahu terus menggunakan khidmatnya bagi musim depan atau tidak.

Ini memandangkan dia masih berisiko untuk digantung enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) andai rayuannya ditolak.


“Saya akan rehat dahulu dan bercuti. Terpulang kepada Tan Sri Annuar Musa (Presiden Kafa) untuk buat keputusan. Apa pun boleh jadi. Saya tak past

i lagi. Kena tunggulah dahulu keputusan FAM,” jelas Sathianathan.


Pada perlawanan akhir edisi ke-84 malam tadi, Kelantan bangkit dengan menghasilkan dua gol pada babak kedua menerusi tandukan Hairuddin Omar

pada minit ke-56 dan rembatan Badhri Radzi pada minit ke-64 untuk memastikan kemenangan mutlak 2-1.

Sementara itu, jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Hassan pula menyifatkan ketiadaan kapten, Aidil Zafuan Radzak yang mengalami kecederaan pada awal babak kedua sebagai punca pertahanan mereka tiba-tiba rapuh.


x sabar asenye nak tengok Piala Malaysia diarak seluruh Kota Bharu

~ Hari suke sangat cz sume rakyat Kelantan cuti, termasuklah Pjaz, hehe

Bye2

p/s: untuk next entry, Pjaz nak share pasal 0rthopedik grup yang menang Grand Presentation tu..heheh

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top