leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Bunuh...Bakar....Buang
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam, Dah beberapa hari Pjaz x masukkan entri baru, gara-gara cuti raya terlalu sakan, hahha, Ada gembira, Ada duka, Perasaan gembira...
Salam,

Dah beberapa hari Pjaz x masukkan entri baru,
gara-gara cuti raya terlalu sakan,
hahha,

Ada gembira,
Ada duka,

Perasaan gembira apabila keluarga dan orang tersayang berada disisi kita,
tapi apa pula perasaan apabila orang yang disayangi meninggalkan kita dengan cara yang tidak masuk akal,
dengan bahasa mudah dengan cara yang KEJAM..

Itulah yang telah menimpa pengasas kosmetik terkenal tanah air Air,
Datuk Sosilawati dan 3 yang lain,

mereka hilang selama 2 minggu,
dan didapati telah DIBUNUH,DIBAKAR & DIBUANG abunya ke dalam salah sebuah sungai di selangor..

Sebetar tadi dalam Buletin Utama menyatakan abu yang dibuang bukan sebatang sungai sahaja tapi beberapa sungai,
Penemuan Jam tangan Rolex milik Datuk Sosilawati juga menjadi bahan petunjuk yang baru, untuk mencari suspek yang lain,

Ya Allah,
Semoga roh mereka dicucuri rahmat walaupun jasad mereka hangus dibakar,
Amin..

Selain itu,
peguam yang disabitkan pembunuhan mereka telah ditahan,

Peguam dari firma Pathmanalli & Partners beralamat di Jalan Kemboja, 33 Off Jalan Sultan Ahmad Shah di sini telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.
Empat pekerja ladang buah-buahan dan ternakan milik seorang peguam bergelar Datuk mengaku terlibat membunuh dan membakar Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki bersama jutawan kosmetik itu di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, berdasarkan pengakuan empat daripada lapan lelaki yang ditahan reman itu, polis kemudian berjaya menemui lokasi empat mangsa yang dipercayai ditahan, dibunuh dan dibakar di ladang ternakan tersebut.


Takziah kepada Keluarga Datuk Sosilawati & kepada 3 keluarga yang lain.

K lah, Salam

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top