leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Arghhhhhhhhhhhh!!!!~
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam, Argggggghhhhhh!!~ bukan marah ye,hehe tapi sakit belakang, gara-gara baca novel Lafazkan Kalimah Cintamu, oleh Siti Rosmizah, Per...
Salam,

Argggggghhhhhh!!~
bukan marah ye,hehe
tapi sakit belakang,
gara-gara baca novel Lafazkan Kalimah Cintamu,
oleh Siti Rosmizah,
Perghhhhhhhh..
best sangat2 cite dia pun best,
sume novel2 Siti Rosmizah Pjaz dh bace,
ihsan oleh kwan Pjaz, Ju
Novel ni je Pjaz bli sndiri..hehe
Ni kali keempat baca novel melayu,
bez la jugak,
Pjaz biase baca novel English Fiksyen,tu pun yang best2 jer..

Kawan2 Pjaz kat MPI dulu suka sangat baca novel ni,
baru tahun ni stat baca novel jiwang2 ni..hahhaa
not bad,
OK ada la,

Novel ni tebal la jgk dekat2 800 m/s,
sempat baca,
TAPI
.
.
.
.
Novel untuk Oral Presentation x abis baca ag ni..
huhu
notes untuk CA pun x sentuh ag, adoiiiiiiii

Ni antara sinopsis novel Siti Rosmizah:

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.


Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.


Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?


esk nk g shopping plak..hehe
dekat2 nak raya lagi best nak g shopping,
actually nak g cuci mata,hahhaha
nasib baek syiqah a.k.a my kazen nk pergi,
xie xie..hehe

p/s: bestnyer makan kueh raya

Bye2 & Salam

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top