leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: 10 perangkap syaitan
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
salam, jom tgk entry ni, x sempat nak tulis panjang2.. praktikal skrg ni,krg sempat nak masukkan entry baru... . . . 10 perangkap ...
  salam,
jom tgk entry ni,
x sempat nak tulis panjang2..
praktikal skrg ni,krg sempat nak masukkan entry baru...
.
.
.
10 perangkap syaitan (sifat-sifat mazmumah)
jangan biarkan sifat ini menyelubungi diri anda...hehe

kredit to: remaja masjid group
ALLAH berfirman yang bermaksud: ``Syaitan memberikan  janji yang
     membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu
     tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat
      mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh 
tempat
     untuk lari daripadanya.'' ( An-Nisa': 120-121).
    
     Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri
     masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang
     diamalkan dalam kehidupan seharian.
   
     Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar 
atau
     tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan 
untuk
     menapak dalam diri.
   
     Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu 
akan
     sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana 
keinginan
     nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.
   
     Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada 
saat
     dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi  sedikit
     syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam 
badan
     manusia tersebut.
   
     Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai
     hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan
     memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah.
   
     Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan 
tersebut.
     Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia
     melalui sepuluh pintu:
   
     1. Melalui sifat bohong dan angkuh
   
     Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri
     manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang
     lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan 
kesenangan.
   
     2. Melalui sifat bakhil dan kedekut
    
     Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan 
Allah
     yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak.
     Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang
     memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.
   
     3. Melalui sifat takbur dan bongkak
   
     Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang
     merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. 
Mereka
     terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu 
boleh
     ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja.
   
     Allah Taala berfirman yang bermaksud: ``Sesungguhnya Dia tidak
     menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)
   
     4. Sifat khianat
   
     Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan
     sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati 
hidup
     orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian,
      perkongsian dan sebagainya.
   
     5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat
   
     Junjungan Rasulullah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda
     agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan 
manusia
     yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka
     dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.
   
     6. Melalui sifat hasad
   
     Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan
     dendam yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang
     bermaksud: `` Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan
     memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering ``
     (Riwayat Bukhari dan Muslim).
   
     7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain
   
     Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang 
individu
     itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan 
orang
     lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika 
dibandingkan
     
    dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa
     Rasulullah s.a..w. pernah  bersabda yang bermaksud: ``Tiga kelompok
     manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang 
tua
     Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat  Muslim).
   
     8. Melalui sifat ujub atau bangga diri
   
     Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang 
bermaksud:
     ``Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya
     hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' 
(Riwayat
     Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
   
     9. Melalui sifat suka berangan-angan
   
     Islam adalah anti  kemalasan. Orang yang berat tulang untuk 
berusaha
     bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh 
Allah
     dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan 
impian
     yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.
   
     10. Melalui sifat buruk sangka
 
     Seseorang yang suka menuduh orang lain  melakukan sesuatu kejahatan
     tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah
     s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata
     kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang 
yang
     berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.''
(Riwayat Muslim)

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top