leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Sedikit tentang Rasulullah
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Sekadar Perkongsian.. Tidur adalah ibaratkan mati yang sementara, roh akan berpisah daripada jasad buat suatu tempoh masa, jika diiz...

Sekadar Perkongsian..
Tidur adalah ibaratkan mati yang sementara, roh akan berpisah daripada jasad buat suatu tempoh masa, jika diizinkan ALLAH pasti jasad dan roh itu akan bercantum kembali untuk kita mengharungi hari yang baru keesokan harinya, namun jika ALLAH Menakdirkan sebaliknya, nescaya tida lagi hari esok untuk kita. Oleh itu, apa kata sebelum tidur, kita cuba untuk amalkan apa yang telah Rasulullah saw pesankan kepada isterinya yakni Aisyah r.a inshaALLAH bermanfaat kepada kita semua, semoga ia dapat menjadi bekalan di akhirat kelak..

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur’an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah….
Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”
Rasul tersenyum dan bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah : Surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.”
سُوۡرَةُ الإخلاص
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ (٤)
Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat

"Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat"
Wallahua'alam Wassalam
Credit to: Syairah, Remaja Masjid

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top