leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: ♥IKHLAS Part 2 ♥
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam, Pjaz sudah kembali, hik3 gara-gara dk packing barang,hahaha Alhamdulillah, sume dah settle, esk g antar barang je,hihi sukenyee ...
Salam,
Pjaz sudah kembali, hik3
gara-gara dk packing barang,hahaha
Alhamdulillah, sume dah settle,
esk g antar barang je,hihi
sukenyee

Ana nak kongsi berkaitan IKHLAS bhagian 2
yang ana amik dari Remaja masjid grup
Hayatilah & renungkan

Rasulullah s.a.w mengkhabarkan kisah 3 orang sahabat dari bani Israel bermusafir bersama. Dalam perjalanan tersebut, tiba-tiba awan menjadi gelap seolah-olah hujan lebat akan menyimbah bumi. Kemudian mereka membuat keputusan untuk berteduh di dalam sebuah gua.

Tiba-tiba terdapat sebiji batu yang sangat besar tergelincir dan menutup pintu gua. Kini mereka tiada pilihan melainkan meminta inayah daripada Allah s.w.t.

Apa kata kita guna amalan kita yang ikhlas untuk membebaskan diri daripada malapetaka ini. Cadang salah seorang daripada mereka. Yang lain bersetuju.

Lelaki pertama berkata,” Ya Tuhanku, Engkau tahu bahawa aku cukup tertarik dengan sepupuku. Pada suatu hari, aku melihat dia sendirian. Oleh itu, aku ingin melakukan perbuatan keji terhadapnya. Sepupuku berkata , Wahai sepupuku, takutlah akan Allah dan janganlah cemari kesucianku. Mendengar sepupuku berkata demikian, aku membatalkan keinginan jahatku itu. Ya Tuhanku, andai itu amalan yang benar-benar ikhlas dan dilakukan semata-mata mengharap keredhaanMu, maka jauhilah kami dari kesusahan dan neraka jahanam. “

Kemudian mereka menyaksikan batu yang menutupi gua tersebut beralih sedikit dan ada sedikit cahaya yang memancar masuk ke dalam gua.

Lelaki kedua pula berkata, “ Oh Tuhanku, Engkau tahu bahawa aku mempunyai ayah dan ibu yang sudah tua, hinggakan badan mereka bongkok akibat usia yang lanjut. Aku selalu menziarahi mereka . Pada suatu malam, aku bawakan kepada mereka makanan. Sebaik memasuki bilik, aku dapati mereka sedang tidur nyenyak. Kerana tidak mahu mengganggu mereka, aku menghabiskan sepanjang malam berdiri dekat dengan mereka dan makanan tadi masih di tanganku. Ya Tuhanku, andai amalanku itu dilakukan semata-mata mengharap redhaMu, maka keluarkanlah kami dari sini dan selamatkanlah kami.”

Sekali lagi mereka menyaksikan pintu gua berkuak sedikit.

Manakala lelaki ketiga pula berkata, “ Wahai Yang Maha Mengetahui, Kamu tahu bahawa ada seorang lelaki pernah bekerja denganku dulu. Apabila tamat perkerjaannya aku membayar gajinya, namun dia tidak berpuas hati dengan bayaran gaji yang aku berikan lalu berlalu pergi meninggalkan wang gajinya. Aku mengambil wang gajinya dan membeli seekor kambing. Aku memelihara kambing itu sehingga beranak-pinak membentuk sekawan kambing. Selepas ketika, lelaki tersebut datang menuntut wang gajinya yang terdahulu dan menunjukkan kepada sekawan kambing miliknya. Dia mengambil kambing-kambing tersebut dan berlalu pergi. Ya Tuhanku, andai itu amalan yang ikhlas di sisiMu, keluarkanlah kami dari kebingungan ini. “Kemudian batu tersebut beralih sepenuhnya, dan mereka berjaya keluar dengan gembira.

Pengajaran:
Dengan amalan yang benar-benar ikhlas kerana Allah, bantuan Allah akan sentiasa hadir tatkala kita sangat memerlukan. Yakinlah bahawa setiap apa yang kita lakukan dengan ikhlas dalam mendapat redha Allah, Allah pasti mengetahui dalam bentuk apa jua sekalipun. Allah telah berfirman dalam Surah Al-Imran 29: “Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahui; dan ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Firman Allah:
“Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.”
(Al-Kahfi-110)

Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya Neraka Jahanam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.” “Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang dia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.”
(Al-Israa’- 18-19)

Dari ayat keterangan ini nyatalah bahawa yang beramal semat-mata kerana Allah s.w.t. maka akan diterima sedang yang beramal tidak kerana Allah s.w.t. tidak akan diterima dan hanya lelah dan susah semata-mata, sebagimana dinyatakan dalam hadis: Abu Hurairah r.a berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:

"Rubba sha'imin laisa lahu hadhdhun min shaumihi illal ju'a wal athsy wa rubba qaai'min laisa lahu hadhdhun min qiyamihi illal-sahar wannashabu.”
Maksudnya: Adakalanya orang puasa dan tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan haus, dan ada kalanya orang bangun malam dan tidak mendapat apa-apa dari bangunnya kecuali tidak tidur semata-mata, yakni tidak mendapat pahala dari amalnya.

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
"Allah s.w.t. telah berfirman: ' Akulah yang terkaya dari semua sekutu, Aku tidak berhajat kepada amal yang dipersekutukan yang lain-lain, maka siapa beramal lalu mempersekutukan kepada lain-lainKu, maka Aku lepas bebas dari amal itu."


Credit to : Mohd Khaidir (Remaja Masjid)

Ana suka sangat baca artikel dia, yang berkaitan dengan keduniaan dan alam kematian,
yang akan memberikan kita suatu cara untuk berfikir kali yang kedua sebelum melakukan sesuatu perkara

K lah, Salam =)

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top